Pendidikan yang terjamin adalah pelaburan terbaik anda.
BERIKAN MEREKA JAMINAN MASA DEPAN, SEKARANG.
Pendidikan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang. IKHLAS Education Takaful Plus ialah sebuah pelan yang mampu membantu anda memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah pendidikan anak anda.la juga menyediakan perlindungan seandainya anak anda meninggal dunia atau hilang upaya.
Pelan ini direka khas untuk kanak-kanak berumur di antara 30 hari sehingga 12 tahun, jadi anda bolehlah merancang masa depan pendidikan mereka. Pelbagai pilihan fleksibel umur sijil matang disediakan kepada Peserta iaitu di antara 18 hingga 23 tahun.
APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS EDUCATION TAKAFUL PLUS?
Dengan pelan istimewa ini, anda akan menikmati faedah berikut:
Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh (TPD)
(Manfaat Takaful ini dijamin oleh Dana Risiko & Dana Khas)
Apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh terhadap anak anda sebelum tempoh matang Sijil, pembayaran nilai perlindungan dan lebihan pengagihan daripada Akaun Pelaburan Peribadi (PIA), akan diberikan kepada anda. Walau bagaimanapun, jikalau kematian atau TPD berlaku sebelum anak anda menjangkau umur lima (5) tahun pada ulang tahun berikutnya, jumlah yang dibayar adalah seperti berikut:
MENGAPA IKHLAS EDUCATION TAKAFUL PLUS?
Pengeluaran Tunai
Penambahan Kadar Sumbangan
Anugerah Kecemerlang Pendidikan (Manfaat ini dijamin oleh Dana Khas)
SYARAT DAN HAD UMUR
Peserta - 30 hari-12 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
Pemilik Sijil - 18 - 60 tahun, umur pada harijadi akan datang, lelaki/perempuan
Had Perlindungan:
MENGAPA TAKAFUL IKHLAS?
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.Operasi perniagaan dan pengurusan kami adalah berlandaskan kepada prinsip Syariah.Kami memberikan keutamaan dalam memastikan kesemua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan kerana kami berpegang kepada falsafah “kemudahan berurusan” dengan semua rakan perniagaan kami terutamanya - Pelanggan kami.
a) Tabarru’ - adalah derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta dan akan digunakan untuk membantu Peserta yang ditimpa musibah.
b) Wakalah - bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta di mana Peserta melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta.
JUMLAH KADAR SUMBANGAN TAHUNAN
Kadar tersebut mengandaikan bahawa Peserta yang dicadangkan tiada kecacatan perubatan/kesihatan, risiko pekerjaan atau tabiat yang mungkin memerlukan Sumbangan tambahan.
CAJ-CAJ YANG TERDAPAT PADA IKHLAS EDUCATION TAKAFUL PLUS
IKHLAS Education Takaful Plus adalah berasaskan Model Wakalah di mana Takaful IKHLAS akan mengenakan Yuran Wakalah dari Sumbangan yang diterima untuk tujuan pengurusan. Bagi Sijil yang mana tempoh perlindungan adalah 20 tahun ke atas, jadual
Rujuk Jadual Yuran Wakalah
RIDER YANG BOLEH DILAMPIRKAN DENGAN IKHLAS EDUCATION TAKAFUL PLUS
1. Untuk Peserta: