ACHTUNG
NOTA PENTING
Segala aktiviti sebagai pengedar adalah termaktub di bawah perundangan Akta Komunikasi & Multimedia oleh Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) serta terma & syarat yang terkandung di dalam kontrak Pengedar Onetelco Sdn Bhd. Pengedar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
PENDAFTARAN PELANGGAN
Pengedar MESTILAH mengesahkan dokumen pengenalan diri pelanggan secara fizikal terlebih dahulu sebelum meneruskan pendaftaran SIM kad baru mahupun MNP. Adalah menjadi satu kesalahan apabila pengedar membuat
pendaftaran palsu atau tidak membuat pengesahan dokumen pengenalan diri. Pengedar bertanggungjawab memastikan segalamaklumat pendaftaran yang diisiadalah betul dan tepat.
1. MNP ( MOBILE NUMBER PORTABILTY)
Melalui MNP, Pelanggan boleh berpindah langganan daripada penyedia rangkaian sedia-ada kepada XOX dengan mengekalkan nombor telefon. Proses Pengaktifan mengambil masa 1-5 hari bekerja daripada tarikh penyerahan permohonan dibuat. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum meneruskan permohonan MNP.
a) Pelanggan Pasca Bayar (POSTPAID)
• Pastikan pelanggan itu sendiri ialah pemilik langganan
• Langganan tersebut di dalam keadaan aktif tanpa sebarang tunggakan bil dan tidak terikat dengan apa-apa kontrak oleh penyedia rangkaian sediada.
b) Tanpa sebarang tunggakan bil:
• Pelanggan mestilah menjelaskan segala bil terkini sebelum memohon MNP
c) Tidak terikat dengan apa-apa kontrak:
• Pelanggan tidak melanggan melalui pakej promosi telefon atau pakej promosi istimewa.
• Pelanggan mestilah terlebih dahulu membatalkan kontrak dengan penyedia rangkaian sedia ada sebelum meneruskan permohonan MNP
• Jika pelanggan mempunyai talian tambahan (supplementary line), setiap talian mestilah dipisahkan atau menukarkannya ke pelan prabayar.
2. PELANGGAN PRABAYAR (PREPAID):
• Pastikan pelanggan itu sendiri ialah pemilik langganan
• Pastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk permohonan MNP adalah sama dengan butiran yang diberikan semasa mendaftar dengan langganan sedia ada.
Sebarang pertanyaan sila hubungi:-
ONEXOX AUTHORISED DEALER (DYSD14265)
ZURIL AMNAN https://goo.gl/Cn5njZ (Id Telegram: azzurie26)
Website:- http://zurilONEXOX.com